** Diabetes PEMBUNUH Global **

Tahukah anda bahawa terdapat 246 juta orang di seluruh dunia yang menderitai diabetes??

Terdapat 2 jenis DIABETES :-
  1. Badan tidak boleh menghasilkan insulin, maka ini menjejaskan cara badan anda menggunakan makanan. Ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan suntikan insulin.
  2. Badan menghasilkan insulin yang tidak mencukupi atau sel-sel badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik.
Di Malaysia, lebih 98% daripada 1.2 juta orang pesakit diabetes mengalami diabetes kategori yang ke-2 di atas. Ia juga semakin diakui sebagai sebahagian daripada kelompok penyakit-penyakit kardiovaskular yang menyebabkan gangguan sindrom metabolik.

Faktor-faktor RISIKO Diabetes:-
  • Gaya hidup yang kurang senaman
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  • Pengambilan makanan berlemak yang banyak
  • Pengambilan serabut diet yang rendah
  • Sejarah / Genetik keluarga
  • Tekanan darah tinggi
  • Peningkatan usia
  • Kolesterol tinggi
  • Obesiti

* dipetik dari E.C Jun'09